Tutorial menggunakan video dalam header artikel di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tempoh hari ada berkongsi mengenai Adakah video berbaloi untuk tujuan SEO?

kemudian ada yang berminat untuk mengetahui bagaimana untuk meletakkan video sebagai header dalam artikel di Facebook. Dalam artikel ini kita akan belajar bagaimana untuk membuat perkara ini ya. 

Perkara pertama yang anda perlu lakukan

Fungsi untuk header dalam artikel preview di Facebook ini hanya boleh diaktifkan selepas anda mempunyai fungsi instant article. Artikel biasa buat masa ini tidak mempunyai fungsi perkongsian menggunakan video ini.

Bagaimana untuk mendapatkan instant article? boleh rujuk Halaman Rasmi Instant Article FB 

Instant artikel ini membolehkan kita mempunyai pelbagai jenis header dalam artikel yang dikongsikan.

Antaranya adalah header menggunakan video. 

Masukkan video dalam artikel anda seperti biasa

Terlebih dahulu, anda boleh upload video anda ke dalam YouTube kemudian masukkan ke dalam artikel anda seperti biasa. 

Selepas dah memasukkan video dan publish artikel anda. perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah untuk masuk ke dalam FB Page manager kemudian pergi ke ruangan publishing tools dan pergi ke senarai production articles.

klik butang edit pada artikel yang anda ingin ubah header kepada header video.

Kemudian anda akan nampak kod seperti contoh di bawah ini.

Perkara seterusnya yang anda perlu lakukan adalah untuk edit bahagian selepas <header> dan tambah kod seperti berikut

<!-- The header video shown inside your article --> 
      <figure>
        <video>
          <source src="//domainanda.com/videoheader.mp4" type="video/mp4" />
        </video>
      </figure>

Anda perlu memasukkan url direct kepada video yang ingin digunakan. Contoh di bawah ini, menggunakan video direct daripada YouTube tetapi bukan menggunakan embed kod biasa, tetapi direct URL. 

Selepas selesai, anda boleh tekan save. 

Facebook akan cuba untuk memuat turun video yang telah dimasukkan, sekiranya gagal, paparan ralat akan keluar.

Sila pastikan anda menggunakan URL video yang betul untuk ianya berfungsi dengan baik.

Selepas itu, instant article anda akan automatik menjadi unpublished, hanya perlu klik pada menu action untuk publish kembali.

Itu sahaja proses untuk menggunakan video header dalam artikel anda. 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet