Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin berkongsi bagaimana menggunakan editor Gutenberg ini untuk semua pengguna WordPress.
Menggunakan Gutenberg adalah perkara yang sangat menarik bagi saya, ianya memberikan kita kawalan yang cukup baik dalam pengurusan setiap elemen dalam penulisan artikel.
bayangkan anda boleh menguruskan artikel dengan cepat dan mudah. Gutenberg adalah berbeza dengan page builder yang anda mungkin pernah guna selama ini.
Gutenberg memberikan peluang untuk kita menulis dengan baik dan yang paling penting ianya memberikan kawalan pelbagai.
Andai anda ingin menukar background hanya untuk satu-satu blok atau ingin membina column dalam artikel, semuanya boleh dilakukan dengan mudah menggunakan editor ini.
Saya ada merakam video tutorial untuk tujuan ini, boleh tonton di bawah.
Saya akan kongsikan tutorial lanjutan untuk yang berminat membina blok sendiri atau ingin menambah fungsi Gutenberg yang sedia ada.
Ini merupakan berita baik kepada semua WordPress developer, ada banyak potensi baru yang akan boleh diterokai.
Reader Interactions