Teknik mudah meningkatkan engagement dalam fanpage

Menguruskan Facebook Fanpage ini merupakan antara perkara yang ramai sedang lakukan sekarang ini. Ada yang menggunakan pengiklanan berbayar, ada yang fokus pada penyampaian isi kandungan berkualiti dan tak kurang yang menggabungkan keduanya.

Ini perkara biasa yang boleh dilakukan. Namun begitu, ada satu perkara yang jarang-jarang diambil perhatian oleh pengurusan fanpage. Perkara ini andai dibuat dengan baik, akan membolehkan fanpage kita menerima capaian (baca: reach) dan engagement yang tinggi.

proses membina perhubungan dalam platform digital

Fahami kenapa platform media sosial digunakan

Perkara pertama yang perlu kita fahami adalah kenapa pengguna internet menggunakan media sosial. Tujuan utama adalah untuk membina perhubungan, perhubungan yang pelbagai. 

Ada yang ingin berhubung dengan keluarga, berhubung dengan rakan-rakan, berhubung dengan individu lain dan pelbagai lagi. Tak kurang juga yang cuba mencari jodoh di platform ini.

Perhubungan ini terbina dengan baik apabila ada komunikasi dua hala. Komunikasi antara dua pihak, ada pepatah mengatakan “bertepuk sebelah tangan tak berbunyi” 

Begitu juga dalam proses membina perhubungan dalam dunia digital ini. 

Dahagakan perhatian

Jika anda kaji dan semak, kenapa sesuatu isu itu menjadi tular dan seumpamanya, ianya adalah kerana mereka inginkan perhatian. Perhatian yang ada ketika mereka sendiri tidak sedar sedang mereka kejar.

Perhatian ini menyebabkan mereka mula berkongsikan cerita-cerita menarik, sensasi dan sebagainya. Sesuatu berita itu tidak akan tular andai ianya tidak menarik perhatian sesiapa. 

Perhatian dalam dunia digital terutamanya platform media sosial memberikan impak jangka masa pendek dan jangka masa panjang jika diuruskan dengan baik. 

Berikan mereka perhatian yang secukupnya

Perkara ini adalah kata kunci bagaimana page anda yang kecil itu akan dapat menerima sambutan yang luar biasa. Berkali ganda daripada nilai likers atau followers yang anda ada.

Anda perlu bina perhubungan daripada awal. Andai page anda baru mempunyai ratusan atau angka ribu, ini peluang terbaik untuk bina perkara ini.

Antara perkara yang jarang berlaku adalah untuk page reply komen-komen followers dalam status yang telah diterbitkan. Ini adalah satu kerugian besar yang perlu diperbaiki.

Anda ingin membina perhubungan dua hala di dunia digital, perhubungan yang andai dibina dengan baik, akan membolehkan anda memanfaatkannya untuk jangka masa panjang. 

Perhubungan dua hala yang menguntungkan

Perkara ini telah diujikaji beberapa kali untuk melihat keberkesanannya, Bagaimana page yang hanya mempunyai ribuan likers mendapat puluhan ribu reach hanya dengan 1 post.

Kemudian engagement yang diterima pula adalah sangat luar biasa. Setiap post akan mendapat komen dan share yang banyak dan ianya tanpa melibatkan pengiklanan berbayar.

Anda hanya perlu luangkan masa untuk bina perhubungan ini, perhubungan antara peminat dan page. 

Perlu ada komunikasi dua hala yang diwujudkan dengan teliti. Anda perlu menjadi “manusia” dan bukan sekadar robot yang menyogok pelbagai jenis info, tetapi bersifat satu hala.

Proses membina perhubungan dua hala di FB Fanpage

Proses untuk membina perhubungan ini sebenarnya tidaklah serumit yang disangka. Andai anda cuba jadi manusia yang ingin bersilaturahim, itu adalah langkah pertama yang perlu dilakukan.

Ubah mindset daripada sekadar ingin menyampaikan info kepada membina perhubungan dengan mereka. Anda menulis bukan sekadar untuk mendapatkan engagement secara satu hala, tetapi ingin membina perhubungan untuk jangka masa yang panjang.

Biasanya perkara ini akan lebih mudah diuruskan sekiranya kita mempunyai watak penting mewakili fanpage kita. Jadikan watak itu sebagai “spoke person” atau “wakil perhubungan” yang akan bercerita bagi pihak.

Ianya boleh menjadi jantina lelaki, mahupun perempuan. Impaknya hampir sama hebat kerana yang membina perhubungan bukan jantinanya, tetapi bagaimana watak ini berkomunikasi dengan khalayak.

Banyakkan bercerita dengan fans anda. Kenali mereka, ketahui apa yang mereka lakukan, dan tanya khabar atau perkembangan situasi yang mereka lalui.

Kesan perhubungan hampir serta merta

Andai anda melakukan proses ini dengan konsisten, anda akan dapat melihat kesannya hampir serta merta. Perhatian yang diberikan kepada individu yang sudi meninggalkan komen dan memberi sokongan kepada page kit aini amat luar biasa. 

Anda bukan memberikan perhatian atas kapasiti individu, tetapi atas kapasiti fanpage anda. Sebagai jenama yang membina perhubungan dengan peminatnya.

Anda akan dapat lihat bagaimana mereka memberikan sokongan padu apabila sampai tempoh matangnya. Apa sahaja yang anda minta bantu untuk share atau tag akan mereka lakukan tanpa banyak soal. 

Ini adalah impak membina perhubungan di dunia digital. Sebenarnya kaedah ini telah dibuat sejak zaman sebelum media sosial popular lagi.

Ketika itu, perhubungan dibina melalui penulisan komen di blog, perkongsian dalam forum dan perbualan dalam sistem chatting. 

Soalan seterusnya adalah.

Sanggupkah nak bina perhubungan ini dengan kaedah percuma?

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet