SSL atau https, perlu atau tidak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

seminggu dua ni, ada ramai yang bertanya mengenai bagaimana untuk memasang SSL Certificate atau menjadikan laman menggunakan capaian https.

sebenarnya, proses untuk mengubah atau menjadikan laman kita mempunyai tetapan https ini tidaklah terlalu sukar. Namun andai laman kita telah lama berada di pasaran, kita perlu pastikan kita membuat beberapa perkara seperti di bawah.

Persiapan pemasangan SSL certificate 

Proses pemasangan SSL Certificate ini boleh berlaku semudah tukar tetapan dalam WordPress dengan menambah s kepada http://

Kebanyakan webserver ada menyediakan self-sign shared SSL certificate untuk digunakan oleh pengguna mereka.

Biasanya saya sarankan untuk laburkan sekitar RM55 setahun untuk membeli SSL certificate yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan yang berdaftar.

Ini lebih baik berbanding self-sign certificate dari sudut pengesahan sijil, compatibility dan kelancaran laman.

Memastikan laman disediakan dengan baik

Selepas kita mempunyai SSL Certificate yang boleh digunakan. Kita perlu melakukan langkah seterusnya. Ini antara langkah penting yang ramai abaikan.

Pernah satu kes, perubahan tetapan SSL ini telah menyebabkan trafik turun mendadak disebabkan tiada perancangan awal semasa membuat pertukaran.

Langkah ini penting untuk kita lakukan dengan baik, kita perlu set proper redirection iaitu 301 redirection daripada url lama yang tak menggunakan SSL kepada url yang menggunakan https.

Ada banyak kaedah untuk membuat redirection ini, sama ada menggunakan tetapan htaccess atau menggunakan plugin. Contoh kod menggunakan htaccess adalah seperti di bawah

RewriteEngine On 
RewriteCond %{HTTP_HOST} ^example\.com [NC]
RewriteCond %{SERVER_PORT} 80 
RewriteRule ^(.*)$ https://www.example.com/$1 [R=301,L]

Buat tetapan baru dalam Google Search Console

Selepas anda menguruskan redirection, pastikan anda menambah pautan https dalam Google Search Console (google webmaster tool) untuk memastikan Google mengetahui mengenai perubahan ini.

Sila buat tetapan preferred domain dalam Google Search Console. Apabila telah selesai semua tetapan baru ini, anda boleh tunggu beberapa minggu untuk proses re-ranking berlaku.

Ada juga kes mengambil masa lebih lama atau lebih singkat. Ini semua bergantung kepada berapa banyak artikel yang kita telah terbitkan dalam laman kita.

Semoga perkongsian ini memberikan jawapan yang dicari oleh ramai yang bertanya.

Boleh bantu untuk sebarkan artikel ini? agar lebih ramai dapat info bermanfaat ini. terima kasih.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet