SEO – Perkara penting yang perlu diketahui

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semalam semasa sesi coaching untuk pengurusan laman WordPress dan perancangan isi kandungan untuk laman, ada soalan mengenai SEO. 

Pengurusan SEO untuk kesan jangka masa panjang

Ramai harini yang ingin mendapatkan kedudukan terbaik di halaman pertama Google dan enjin carian dan melakukan pelbagai teknik untuk memastikan perkara ini berlaku. 

Teknik yang lebih dikenali sebagai Search Engine Optimization atau SEO ini boleh dilakukan tanpa melibatkan kemahiran yang tinggi.

Ada beberapa teknik yang cukup mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja yang pandai menulis artikel.

Tiada perancangan lengkap menjalankan kempen SEO

Apabila melakukan SEO penting untuk kita tahu apa yang ingin dilakukan dengan trafik yang akan masuk melalui carian yang telah mereka buat. Ini antara perkara yang ramai abaikan.

Mendapatkan tempat di halaman pertama Google hanyalah langkah pertama yang perlu dilakukan. Ianya adakah langkah di permulaan corong (baca: funnel) dalam sudut pemasaran menggunakan laman sesawang.

Langkah seterusnya adalah mengenalpasti tujuan mereka masuk, ada yang ingin mendapatkan info semata, ada yang ingin mendapatkan produk atau perkhidmatan ada juga sekadar melayari laman untuk mengisi masa lapang.

Susun artikel mengikut keperluan

Bukan semua artikel adalah untuk menjual, ada artikel yang diterbitkan dengan tujuan untuk membina perhubungan awal terlebih dahulu dengan pembaca atau pelawat baru. 

Kita membenarkan mereka untuk hadir ke laman kita tanpa rasa tidak selesa atau perasaan perlu membeli.

Artikel-artikel ini kita akan gabungkan menjadi satu rantaian atau saluran agar tujuan kita membina laman tercapai.

Merancang artikel lebih awal

Sebelum kita sibuk ingin rank kan keyword dalam halaman pertama Google, adalah disarankan untuk kita terlebih dahulu merancang susunan artikel dan struktur keseluruhan laman kita.

Biasanya struktur dan perancangan ini boleh dibuat untuk tempoh 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan atau lebih. Apabila kita membina struktur lebih awal, ianya akan memberikan kita gambaran besar ke mana laman kita akan dibawa.

Apabila anda membina struktur artikel ni, pengurusan SEO akan menjadi lebih mudah. Hanya perlu terbitkan artikel mengikut perancangan yang telah dibuat, ianya akan memberikan impak SEO yang mantap.

Bila pembaca akan dapat ditukar menjadi pembaca setia dan akhirnya boleh dijadikan sebagai pembeli dan pembeli setia. Semua ini akan berlaku bukan dalam tempoh sehari, tapi perlukan tempoh matang seperti yang telah dirancang.

Andai ada sebarang soalan, boleh ajukan di ruangan komen.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet