Pengurusan leads whatsapp dengan lebih berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, zaman sekarang ni, menguruskan jualan menggunakan Whatsapp menjadi pilihan sesetengah peniaga online.

Antara sebab utama, sebab dapat uruskan closing dengan lebih baik dan ada yang ingin memberikan peluang pekerjaan kepada individu di luar sana.

Namun ada satu kelemahan apabila kita menguruskan link whatsapp secara langsung ni, sama ada kita gunakan api whatsapp ataupun kita gunakan service percuma seperti Nak.La 

Cara menguruskan leads whatsapp dengan lebih baik

Apa yang berlaku, ada banyak ketika, leads yang masuk, tidak klik send whatsapp message yang telah kita tetapkan. Ayat yang digunakan itu tidak sampai kepada wakil kita yang menguruskan sales melalui whatsapp tadi.

Sebab itu, ada yang mendapat leads sekira jumlah, tetapi yang whatsapp hanya 40% dan seumpamanya. Ini satu pembaziran leads yang telah kita kumpulkan tadi.

Menguruskan leads dengan kaedah yang lebih sistematik

Ada sesetengah yang menggunakan perkhidmatan third party untuk memasukkan pixel supaya boleh membuat retargetting. Ini adalah usaha yang baik juga, sebab sekurang-kurangnya kita boleh follow mereka dalam sequence iklan yang kita dah tetapkan.

Cuma ini adalah satu lagi kaedah yang membolehkan kita menguruskan leads tersebut dengan lebih baik dan ianya menggunakan tools percuma dan berfungsi untuk menambah baik aktiviti jualan kita di platform digital.

Ini hanyalah satu daripada option yang ada, anda boleh gunakan apa juga tools yang diinginkan, yang penting memahami flow yang ingin disampaikan dalam artikel ini. 

Cara bagaimana untuk menguruskan leads whatsapp dengan lebih baik

Berikut adalah kaedah bagaimana kita akan menguruskan leads ini dengan lebih baik.

Tools yang akan digunakan adalah seperti berikut

[sociallocker id=”407″]

senarai tools yang digunakan

Plugin-plugins percuma yang digunakan adalah berkaitan dengan plugin utama Contact Form 7.

Contact Form 7 – ini merupakan plugin contact form yang telah digunakan sejak 2006 lagi. Ianya plugin asas yang berfungsi dengan baik.

Contact Form CFDB7 – plugin ini akan secara automatik menyimpan semua butiran yang telah diisi dalam semua borang yang kita bina menggunakan plugin Contact Form 7. 

Contact Form Redirection – kita akan gunakan plugin ini untuk redirect pelawat ke url whatsapp selepas mereka mengisi borang

Contact Form 7 Style – plugin ini untuk memberikan style yang lebih menarik untuk borang yang kita gunakan.

Contact Form 7 Google Analytics Integration – plugin ini pula digunakan untuk kita membuat event tracking dalam borang yang kita gunakan. Boleh digabungkan untuk membuat analisa data dalam web kita.

Bagaimana menguruskan semua fungsi dalam plugin ini

Setiap plugin ini akan digabungkan untuk memberikan impak yang lebih baik kepada perjalanan mendapatkan leads dalam laman kita. 

berikut adalah flow yang dicadangkan. 

flow pengurusan database dengan cara baru

Merujuk kepada gambar di atas, kita dapat lihat flow baru yang lebih baik. Di sini kita menggunakan semua fungsi dalam tools yang disenaraikan diatas. 

Contact Form 7 untuk mengutip maklumat yang akan dihantar ke email kita dan dalam masa yang sama akan disimpan dalam database menggunakan CFDB7. 

Dalam masa yang sama, dalam page borang, kita boleh masukkan Google Pixels dan Facebook pixels untuk tujuan retargeting atau remarketing. 

Selepas borang di isi, mereka akan di bawa ke link whatsapp. Andai kita mempunyai ramai wakil jualan, pembahagian link whatsapp ini boleh dipermudahkan dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh nakwasap.la

Andai leads tak tekan send message, kita masih ada peluang untuk contact manual menggunakan senarai dalam CFDB7 dan buat remarketing / retargeting menggunakan pixels yang telah kita tanam dalam laman kita.

Ini akan dapat mengurangkan pembaziran leads yang berlaku dalam pengurusan link whatsapp yang biasa. 

Contoh leads yang disimpan dalam CFDB7

Di bawah ini adalah contoh bagaimana data yang disimpan dalam plugin CFDB7. 

contoh data yang tersimpan dalam CFDB7
contoh bagaimana leads dikumpulkan
contoh database yang disimpan
contoh 3 borang yang telah dibina
senarai data lengkap mengikut tetapan borang yang kita bina
senarai data lengkap mengikut tetapan borang yang kita bina

Semua data ini akan tersimpan dalam database anda, dan dalam masa yang sama, anda akan menerima email dan termasuklah mesej dalam whatsapp link yang digunakan.

Ini antara pengurusan yang terbaik buat masa ini berdasarkan kapasiti fungsi yang ditawarkan oleh pihak Whatsapp. Semakin banyak leads yang dapat kita simpan, semakin baik pengurusan kos per leads yang akan dapat kita capai.

Anda boleh gunakan borang contoh di bawah untuk melihat sendiri bagaimana flow ini berfungsi

    [/sociallocker]

    Tiada lagi pembaziran leads

    Selepas anda membuat semua aturan dalam tutorial yang diterangkan di atas, pembaziran leads akan dapat dikurangkan.

    Terima kasih kerana sudi membaca tutorial kali ini, ianya telah membantu beberapa laman yang diuruskan oleh KodKreatif untuk menguruskan leads mereka dengan lebih baik.

    Andai anda perlukan bantuan untuk setup flow ini, boleh hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga perkhidmatan ini. Anda hanya perlu setup sekali sahaja dan selepas itu ianya akan berfungsi selagi tiada ubahsuaian yang dibuat.

    Selamat menguruskan leads dengan lebih baik selepas mempelajari kaedah ini.

    Share:

    Share on facebook
    Facebook
    Share on twitter
    Twitter
    Share on pinterest
    Pinterest
    Share on linkedin
    LinkedIn

    Reader Interactions

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge

    pilihan terbaik

    Artikel berkaitan

    3 Tips untuk melajukan laman web anda

    Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet