Merancang perjalanan pelawat dalam laman web

Menguruskan pelawat dalam laman web kita sama penting dengan meletakkan halaman kita di muka depan enjin carian seperti Google. Andai kita sebagai empunya laman web, hanya fokus untuk ranking di halaman pertama Google, sebenarnya kita sedang fokus hanya satu bahagian sahaja daripada rantaian keseluruhan.

contoh ringkas perjalanan pelawat dalam laman web kita

Apabila kita telah mempunyai perancangan untuk mendapatkan trafik organik yang banyak, penting untuk kita memastikan, perjalanan pelawat dalam laman web kita itu menjurus kepada tujuan kita mendapatkan trafik tersebut.

Andai trafik itu adalah untuk mendapatkan jualan, pastikan kita susun aturan artikel atau langkah dalam laman kita yang akan menyebabkan perkara itu berlaku. Tanpa perancangan, kita mungkin akan dapat juga hasilnya, tetapi ianya akan mengambil masa yang lama atau tidak akan dapat diukur dengan mudah.

Ini adalah antara perkara asas yang perlu kita fahami apabila menguruskan sesebuah laman web. Jika kita tidak mengambil peduli perkara seperti ini, akan ada pembaziran trafik yang akan berlaku.

perjalanan pelawat yang perlu kita susun dengan baik
perjalanan pelawat yang perlu kita susun dengan baik

Semua data perjalanan ini boleh kita ukur dengan menggunakan Google Analytics dan dibantu juga dengan Google Search Console. Membaca data-data dalam tools percuma yang disediakan oleh Google ini akan membolehkan kita meneliti perjalanan pelawat dalam laman web kita.

Yang paling penting, selepas itu, kita boleh susun dengan lebih baik isi kandungan dalam laman web dan akhirnya memberikan impak yang positif dari sudut jualan, atau apa sahaja yang kita ingin capai.

Mulai sekarang, rancanglah bagaimana anda ingin membawa pelawat anda dalam laman web yang disediakan. Sediakan journey yang lengkap untuk mereka, usah biarkan mereka berlalu pergi tanpa ada perkara yang lebih baik untuk mereka baca atau rujuk.

Andai anda ingin mempelajari dengan lebih mendalam mengenai perkara ini, boleh hadiri kelas Buat Laman Web Sendiri dalam masa 7 Hari.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet