Bercerita mengenai web development atau pembangunan laman web ini antara topik yang jarang orang bincangkan adalah, adakah laman web tersebut berfungsi dengan baik.
Ramai developer yang boleh membina laman yang nampak cantik, tetapi kecantikan itu belum tentu akan memberikan hasil yang dicitakan. Ini antara perkara penting yang perlu kita fahami.
Laman web itu hanya akan memberikan hasil yang kita inginkan apabila ianya berfungsi dengan baik. Rumus mudahnya adalah, laman yang buruk tetapi berfungsi dengan baik, boleh menarik cukup ramai trafik. Berbeza pula laman web yang hanya cantik tetapi tidak berfungsi dengan baik, belum tentu mereka akan mendapat trafik yang sepatutnya.
Andai kita boleh membina laman yang bukan sekadar cantik, bahkan berfungsi dengan baik, ini adalah gabungan yang terbaik kita boleh capai. Biasanya kos untuk membina laman begini lebih tinggi, kerana ianya memerlukan pengalaman yang lama untuk membolehkan seseorang developer itu mendapatkan gabungan ini.
Walaupun di mata kasar anda, nampak seakan sama, namun untuk yang memahami, rupa seakan sama tidak semestinya akan memberikan hasil yang sama.
Andai anda perlukan khidmat nasihat percuma, boleh hubungi kami untuk mendapatkan tips-tips penting dalam menghasilkan laman web yang cantik dan berfungsi dengan baik.
Reader Interactions