Kriteria pemilihan domain untuk online business

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dunia digital sekarang ni berkembang pesat saban hari. Ada sahaja teknologi baru yang diperkenalkan untuk digunakan dan menambah baik kehidupan seharian.

Ada yang wujud tanpa kita sedari sebab kita berada di luar kelompok pembangun ini. Ada juga yang muncul dan kita gunakan tanpa perlu mengetahui teknologi yang digunakan disebalik itu. 

Kita boleh mempelajari semua teknologi ini, namun tidak semua yang kita akan gunakan. Harini ,kita akan berbincang mengenai satu perkara penting dalam membina tapak di dunia digital ini. iaitu nama domain.

ciri-ciri nama domain yang terbaik

Apa itu nama domain?

Nama domain sebenarnya adalah alamat untuk sesiapa yang ingin melayari atau berkunjung ke premis online kita atau lebih dikenali sebagai laman sesawang atau laman web. 

Domain adalah identiti atau pengenalan kita yang akan digunakan dalam proses membina tapak dalam dunia digital. Domain yang baik ada mempunyai beberapa ciri seperti berikut.

Ciri-ciri domain yang baik

tidak terlalu panjang

Domain yang baik biasanya tidak terlalu panjang, 2 hingga 4 suku kata sahaja. Contoh suku kata adalah seperti berikut

google.com – goo (gu) + gle (gel) : ini melibatkan 2 suku kata

facebook.com – face (fes) + book (buk) : ini juga melibatkan 2 suku kata

kodkreatif.com – kod + krea + tif : ini melibatkan 3 suku kata.

Semakin pendek suku kata domain tersebut, semakin baik kerana ianya akan lebih mudah untuk diingati.

Mudah disebut dan dieja

Apabila memilih nama domain, elakkan daripada ejaan yang pelik-pelik atau mengelirukan. Contoh ejaan pelik seperti berikut

melatieey.com – domain ini hanya mempunyai 3 suku kata, tetapi ejaannya yang pelik itu akan mengelirukan.

jenamasayapalingbestdimalaysia.com – domain ini pula terlalu panjang walaupun mudah disebut, ianya tidak sesuai digunakan. 

lamanpower2u.com – penggunaan 2u, 4u ini adalah perkara yang menjadi trend satu ketika dahulu, namun ianya tidak digalakkan untuk digunakan andai kita ingin membina nama baru pada masa kini.

nama domain yang baik akan memberikan impak jangka masa panjang
nama domain yang lazat akan memberikan impak jangka masa panjang

Tidak menggunakan perkataan copyright

Satu perkara penting dalam pemilihan domain, elakkan daripada menggunakan perkataan yang telah di copyright atau didaftarkan hak ciptanya. 

Kita mungkin akan diminta untuk menukar domain kepada perkataan lain andai melanggar perkara ini.

Pernah perlaku, pada awal kewujudan WordPress, ramai developer atau pengeluar theme dan plugin yang menggunakan nama WordPress itu sendiri dalam domain mereka.

Selepas beberapa tahun, WordPress membuat pengumuman, tidak memberi kebenaran menggunakan nama tersebut. Hanya boleh menggunakan gabungan perkataan WP.

Ada banyak laman yang terkesan dan akhirnya mereka terpaksa membuat penjenamaan semula. Ini hanya satu contoh mengapa kita perlu elakkan daripada menggunakan perkataan begini. 

Kita boleh gunakan perkataan hak cipta yang memang kita sebagai empunya hak cipta tersebut.

pemilihan domain untuk jangka masa panjang

Pilih nama domain untuk jangka masa panjang

Ramai hari ini yang membina perniagaan sebagai ejen, stokis dan sebagainya. Mereka memasarkan produk orang lain yang memang tidak menjadi kesalahan.

Satu kesilapan atau strategi yang kurang tepat adalah apabila kita daftarkan domain yang berkaitan perniagaan tersebut. Bukanlah salah kesalahan besar, tapi andai kita memahami proses membina domain dan laman ni adalah  proses yang lama, kita akan pilih nama domain yang lebih generic.

Sebagai ejen, stokis dan sebagainya, adalah lebih baik kita memilih nama yang generic atau tidak fokus pada mana-mana jenama yang sedang kita pasarkan. Ini membolehkan kita untuk menukar jenama yang ingin dipasarkan di kemudian hari andaikata perniagaan sedia ada itu sudah tidak sesuai atau terpaksa ditutup.

Nama-nama generic akan boleh terus digunakan untuk jangka masa panjang, walaupun kita bertukar menjadi ejen produk yang berbeza.

Tapi bukan ke kalau kita daftar domain jenama ni lagi ramai orang cari? lagi mudah rank?

suka dengar-dengar semata.

Sebenarnya hanya sekelumit sahaja pemberat untuk menggunakan domain begini, lebih baik gunakan domain generic yang akan memberikan kita peluang untuk membina jenama kita sendiri dan dalam masa yang sama masih menjual produk tersebut.

Ini bukanlah perkara baru, tetapi itulah hakikatnya. Usah rugikan usaha anda selama dan suatu hari nanti terpaksa tukar domain atau bina laman baru hanya kerana sudah mengusahakan perniagaan yang berbeza.

Boleh daftar sebagai senarai menunggu untuk SEO CookBook untuk memahami perkara ini dengan lebih mendalam.

daftar domain sebelum memulakan pernaigaan

Daftar domain sebelum terlambat

Andai hari ini anda ingin memulakan jenama baru dalam dunia digital, semaklah dulu sama ada domain tersebut masih available ataupun tidak. Usah sibuk daftarkan apa-apa selagi anda belum dapat domain yang diinginkan.

Domain pada hari ini sangat penting, walaupun ada juga jenama yang dibina tanpa domain. Tapi hampir semua yang dibina dalam dunia digital ini berkisar dengan domain.

Jika anda ingin membuat semakan atau pendaftaran domain, boleh terus ke Halaman daftar domain terbaik

Semoga perjalanan pengurusan perniagaan anda lebih lancar selepas ini. 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet