Gutenberg, berkarya lebih mudah dan menarik

Sejak menggunakan editor Gutenberg ini, menulis di WordPress sudah tidak lagi seperti dulu.

Visual editor untuk menulis artikel semakin tersusun dan ini memberikan kelebihan kepada penulis yang menggunakan struktur tertentu untuk penulisan mereka.

Jika suatu ketika dahulu, hanya satu jenis style atau rekaletak yang boleh digunakan.

Menggunakan Gutenberg, proses menulis artikel yang menarik lebih mudah.

Gutenberg memberikan peluang untuk berkarya dengan lebih baik

eizil, Ogos 2018

Anda hanya perlu belajar untuk faham bagaimana Gutenberg ini berfungsi. Selepas anda faham asasnya, anda akan terpikat betapa mudahnya menulis menggunakan Guttenberg ini.

contoh paparan Gutenberg

Penggunaan blok-blok dengan pelbagai fungsi akan membolehkan anda menguruskan artikel anda dengan struktur yang kemas dan tersusun. Tiada lagi masalah gambar hilang atau tersorok di mana-mana.

Jika anda penulis baru, ini peluang untuk memulakan penulisan dengan kaedah yang baik. Andai anda penulis lama pula, ini adalah masa untuk menggunakan segala skill yang anda ada.

Penulisan yang kemas akan dapat menyampaikan maklumat kepada pembaca dengan lebih berkesan.

pembacaan lebih baik dengan penulisan yang tersusun

Artikel ini ditulis menggunakan Gutenberg dan ini merupakan artikel kedua saya menggunakan editor ini. Satu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini, editor ini memang sangat best.

Penulisan lebih kemas, tiada lagi benda-benda atau menu yang sedikit sebanyak menganggu penulisan.

Anda ingin masukkan gambar, quote, atau blok-blok lain juga mudah, dan ianya tersusun dengan baik untuk anda melakukan aktiviti penulisan dengan seronoknya.

Nantikan artikel lain untuk perkongsian lebih mendalam mengenai editor Gutenberg, tahniah diucapkan kepada team yang menguruskan pembangunan Gutenberg ini. 

Saya sangat berpuas hati. 

Baca dan tonton artikel tutorial Gutenberg.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet