Custom URL builder untuk tracking yang lebih berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

antara perkara penting yang perlu dibuat oleh empunya laman sesawang sama ada laman syarikat, blog, ecommerce dan sebagainya adalah untuk menganalisa data yang ada dalam laman mereka.

Analisa data ini boleh dilakukan menggunakan Google Analytics, perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak Google untuk sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya. 

Jika anda belum memasang Google Analytics di laman anda, sila dapatkan terlebih dahulu Panduan percuma google analytics percuma »

Menggunakan fungsi tracking khusus dalam Google Analytics

Dalam Google Analytics, selain menggunakan perkongsian URL yang biasa, anda juga boleh menggunakan perkongsian URL yang mempunyai fungsi tracking tambahan. 

Contohnya seperti url di bawah ini

https://www.kodkreatif.com/tips/bagaimana-merancang-artikel-untuk-membina-kredibiliti-perniagaan/?utm_source=facebook&utm_medium=social&utm_campaign=artikel_blog

Dalam URL di atas ini, url utamanya adalah 

https://www.kodkreatif.com/tips/bagaimana-merancang-artikel-untuk-membina-kredibiliti-perniagaan/

Kemudian selepas URL tersebut, ada tambahan beberapa parameters seperti berikut

?utm_source=facebook&utm_medium=social&utm_campaign=artikel_blog

Setiap parameter ini mempunyai tujuannya yang tersendiri. 

utm_source itu merujuk kepada sumber di mana URL itu ingin kita kongsikan atau promosikan.

utm_medium pula adalah channel atau kaedah lokasi yang kita pilih itu, dalam contoh ini adalah social merujuk kepada social media

utm_campaign pula adalah nama kempen yang kita boleh gunakan untuk mengumpulkan data dalam satu kelompok kempen. nama campaign ini adalah case sensitive, jadi  pastikan anda gunakan nama yang konsisten.

Sebenarnya ada 2 lagi parameter yang boleh kita gunakan iaitu

utm_term untuk memasukkan kata kunci yang kita gunakan sebagai contoh dalam paid ads atau paid keyword

utm_content untuk membezakan content ads yang mungkin kita gunakan untuk tujuan split test dalam kempen yang sama. 

Semua data ini akan terkumpul dengan sistematik dalam Google Analytics. Jika anda seorang blogger, sorang peniaga, seorang empunya laman, anda bolehlah menggunakan fungsi ini untuk mengenalpasti dengan baik dari mana sumber trafik anda.

Tiada lagi perkongsian URL umum untuk semua artikel yang anda terbitkan. 

Campaign URL Builder 

Pihak Google ada menyediakan tool percuma untuk anda membina URL ini, jadi tak perlulah nak taip manual setiap kali URL baru ingin diwujudkan. 

Anda boleh terus ke Google Analytics Campaign URL Builder

Ianya adalah tool percuma untuk anda membina custom URL ini bagi memudahkan proses untuk membina URL dengan custom tracking. 

Andai anda ingin mempelajari bagaimana membuat analisa data dengan lebih tersusun, boleh sertai Online Coaching Analisa Data yang sedang dijalankan. 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet