Assalamualaikum dan salam sejahtera, selepas artikel perkongsian mengenai perlu atau tidak menggunakan SSL atau https, ramai yang bertanya bagaimana untuk mengaktifkan perkara tersebut dalam laman mereka.
Disebabkan tak mahu mengecewakan semua yang bertanya, tutorial ini akan membawa langkah demi langkah untuk mengaktifkan SSL atau https menggunakan akaun CloudFlare.
Apa itu CloudFlare?
Mungkin ada yang belum mengenali apakah itu CloudFlare. CloudFlare atau kira ringkaskan sebagai CF merupakan perkhidmatan pengurusan DNS yang dilengkapi pelbagai lagi fungsi lain.
Perkhidmatan ini ada pakej yang percuma dan ada juga pakej yang berbayar. Bagi tujuan tutorial untuk hari ini, kita hanya akan menggunakan pakej yang percuma sahaja.
Anda perlu terlebih dahulu mendaftarkan akaun baru di halaman CloudFlare.com
Selepas selesai mendaftarkan akaun dan membuat pengaktifan, sila ikut langkah-langkah yang diterangkan di bawah.
Bagaimana mengaktifkan SSL menggunakan akaun CloudFlare
Apabila anda telah mempunyai akaun, masuk ke halaman CF dan kemudian klik pada menu + add a site.
Selepas itu, anda akan diminta untuk memasukkan domain anda. Sila masukkan nama domain tanpa http://
Paparan menyatakan CF akan memeriksa senarai rekod DNS anda akan terpapar seperti dalam gambar di bawah.
Anda akan diminta untuk memilih pakej yang ingin digunakan, dalam contoh ini, kita akan menggunakan pakej percuma yang ditawarkan oleh CloudFlare
Selepas itu, paparan dengan senarai DNS sedia ada akan terpapar. Jika anda tidak pasti, hanya masukkan @ untuk A rekod dan kemudian masukkan IP. kemudian masukkan pula www untuk CNAME rekod dan kemudian masukkan @. ini adalah tetapan basic.
Andai anda ingin menggunakan domain dengan blogspot, masukkan satu persatu rekod yang diberikan oleh Google kedalam ruangan ini.
Jika anda ingin menggunakan fungsi SSL yang disediakan oleh pihak CloudFlare, sila pastikan icon awan itu bertukar menjadi warna oren. Ini menandakan fungsi CF diaktifkan dan kita boleh menggunakan semua fungsi dalam pakej percuma yang ditawarkan.
Fungsi ini termasuklah fungsi SSL untuk capaian menggunakan https. Setelah selesai membuat tetapan dalam senarai rekod. Anda akan ke paparan terakhir iaitu info mengenai nameserver yang perlu diubah.
Dalam contoh ini, CF meminta untuk mengubah 2 nameserver pertama kepada igor.ns.cloudflare.com dan rita.ns.cloudflare.com dan meminta untuk 2 nameserver berikutnya di padam.
Anda perlu menukar nameserver ini dalam domain manager tempat anda membeli domain atau hubungi provider yang menguruskan belian domain untuk mereka tukarkan kepada nameserver baru.
Selepas akan anda aktif, anda boleh terus menggunakan capaian https dalam laman anda tanpa perlu membuat apa-apa lagi tetapan lanjut.
Bagi pengguna WordPress, anda bolehlah masuk ke ruangan Dashboard » Settings » General dan menukarkan site url daripada http kepada https.
Selamat mencuba.
nota kaki: anda gemar tutorial teknikal seperti ini? kongsikan di ruangan komen dan share artikel ini di media sosial anda.
Reader Interactions