Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin berkongsi kaedah mudah memasang WordPress sekiranya hosting anda menggunakan cPanel dan mempunyai one-click installer seperti softaculous dan seumpamanya.
ini merupakan cara mudah untuk memasang WordPress.
Walaupun ada juga kaedah manual untuk memang WordPress yang melibatkan cara yang lebih panjang. Kenapa perlu mengambil cara yang panjang, andai ada kaedah yang lebih pantas dan mudah.
Persediaan sebelum pemasangan
Antara persediaan awal yang perlu kita lakukan sebelum pemasangan adalah memastikan kita mempunyai username dan password akaun hosting kita yang mempunyai cPanel.
Jika tidak, memang tak dapatlah nak teruskan proses pemasangan, boleh semak terlebih dahulu butiran daripada penyedia hosting kita. Andai tak ketemu, hubungi pihak mereka untuk mendapatkan butiran tersebut.
Langkah dan tetapan semasa pemasangan
Seterusnya adalah bagaimana untuk menggunakan one-click installer dan apa kriteria yang perlu kita tititberatkan. Ada ramai yang tersilap menggunakan installer ini dan tidak mengubah beberapa tetapan penting.
Mari kita tonton tutorial dalam video yang telah disediakan di bawah.
Jika ada sebarang persoalan atau kemusykilan, bolehlah tulis di ruangan komen.
Saya mohon bantuan untuk sebarkan juga artikel ini agar lebih ramai mendapat manfaatnya.
Reader Interactions