Bagaimana merancang artikel untuk membina kredibiliti perniagaan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dunia digital sekarang ini bergerak begitu pantas. Ada ramai peniaga yang menggunakan platform digital dan ramai juga pesaing yang menjual produk atau perkhidmatan yang hampir sama dengan kita.

Jadi untuk menjadi unik, kita perlu keluar daripada kelompok persaingan ini dan membina kelompok pelanggan atau bakal pelanggan kita sendiri. Kelompok yang akan menjadikan kita sebagai sumber rujukan mereka. 

Artikel pendidikan sebagai pancing

Pelanggan masa kini, semakin bijak dan rajin membuat penyelidikan. Jika suatu ketika dahulu, apa yang lalu di susur masa mereka, itulah yang mereka beli.

Namun sekarang belum tentu lagi, mereka akan mula membuat kajian jika ada sumber-sumber bacaan dan sebagainya untuk memastikan belian mereka itu berbaloi dan kena dengan masalah yang mereka ingin selesaikan. 

Sebagai pemaju perniagaan, ini adalah peluang untuk ketengahkan kebolehan perniagaan kita secara langsung mahupun secara tak langsung.

Caranya adalah dengan menerbitkan artikel-artikel pendidikan dari sudut tips, info dan seumpamanya. 

Artikel sebagai alat perhubungan utama

Artikel-artikel yang ditulis dengan baik dan diterbitkan dengan tersusun akan memberikan impak kepada perniagaan kita. Artikel ini akan terpapar di ruangan halaman carian seperti Google

Ianya juga akan berfungsi dengan baik untuk dikongsikan di ruangan sosial media seperti Facebook. Ditambah pula dengan fungsi video header yang kita boleh masukkan sekali dalam Facebook, ini akan memberikan pengalaman yang menarik kepada bakal pelanggan kita. 

Pembaca yang mendapat maklumat daripada artikel kita akan membina perhubungan tanpa sedar. Perhubungan ini akan bertambah baik andai ianya memberikan impak positif kepada mereka.

Semakin banyak artikel bermanfaat yang kita sogokkan, semakin bagus perhubungan yang akan terbina. Ibarat memikat pasangan kita, pasti ianya memerlukan banyak aktiviti walaupun telah terpikat pada pandangan pertama.

Begitu juga dalam pengurusan artikel, apabila semakin banyak artikel menarik yang kita terbitkan, semakin kuat perhubungan kepercayaan mereka kepada jenama dan perniagaan kita.

Perkara ini memang tidak berlaku hanya dengan satu artikel, ianya adalah siri artikel yang konsisten dengan topik yang berkaitan. 

Tulis untuk menyampaikan bukan untuk menjual

Ini satu masalah yang ramai hadapi, apabila menulis artikel di laman perniagaan mereka, mereka akan terlalu fokus untuk menjual serta merta kerana risau, kos untuk artikel dah dikeluarkan, takkan nak biarkan sahaja.

Kesilapan ini akan menyebabkan jualan semakin sukar untuk dibuat. Anda bayangkan masuk ke butik jenama pakaian ternama, kemudian jurujual itu sibuk bertanya nak beli apa dan tak henti-henti mempromosikan produk mereka.

Pasti ada pelanggan yang akan “turn off” dengan layanan begini, sebab itu andai anda masuk butik jenama pakaian ternama, perkara ini tidak berlaku.

Mereka memberi ruang untuk para pelanggan menyesuaikan diri dalam kedai mereka. Andai diperlukan, mereka akan siap sedia untuk memberi layana.

Dalam laman sesawang, perkara ini juga boleh berlaku, anda memang mahukan jualan, tetapi binalah perhubungan dengan baik. Biar mereka selesa dengan laman sesawang anda sebelum memberikan ruang dan peluang untuk mereka mendapatkan produk atau perkhidmatan anda. 

Jika anda sanggup melalui proses ini, jualan akan berlaku dengan lebih baik dan berterusan. 

Susun artikel dan perjalanan pelawat

Anda perlulah susun artikel agar perjalanan dan pengalaman pelawat dalam laman anda itu selesa, seronok dan akhirnya mereka akan menyerah diri untuk membuat belian. 

Andai anda menjual produk kecantikan, fokus penulisan untuk kelompok sasaran jualan anda. Bukan sekadar penulisan berkaitan kecantikan. 

Kita mahu kelompok ini datang dan akhirnya mendapatkan produk atau perkhidmatan kita. Ianya adalah satu perkara yang andai dibuat, akan memberikan hasil yang berterusan dan lumayan. 

Pastikan anda membuat analisa data selepas anda menyusun perjalanan pelawat dalam laman sesawang anda. Jika tidak, kita tidak tahu prestasi laman kita dan di mana tambah baikan yang perlu kita buat. 

Andai ada soalan, boleh ajukan di ruangan komen. 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet