Apa anda perlu tahu sebelum memulakan aktiviti SEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

beberapa hari kebelakangan ni memang sedang giat menulis SEO CookBook yang akan dilancarkan selepas ianya diujibaca oleh beberapa orang rakan dan disemak oleh beberapa bekas pelajar yang pernah mendapatkan coaching bersama saya.

Ianya adalah ebuku yang menerangkan daripada awal bagaimana seorang Eizil menjalankan aktiviti SEO beliau untuk laman yang beliau uruskan. Ianya memang teknikal, namun andai dibuat akan memberikan impak yang diinginkan.

SEO bukan untuk rank kan keywords semata

Betulkan mindset terlebih dahulu

Harini, apabila bercerita mengenai SEO, ramai yang terlalu fokus pada kata kunci atau keywords dan terlepas intipati lebih penting apabila ingin membuat optimasi laman.

Tujuan utama kenapa satu-satu artikel kita buat optimasi adalah 

  1. Memberikan info yang relevan kepada pembaca
  2. Memberikan Google artikel yang relevan kepada penggunanya

Ini dua perkara yang perlu kita tanam dalam fikiran kita apabila kita ingin membuat optimasi.

Jika hari ini, kita masih berfikir apakah keyword atau kata kunci yang kita ingin rank kan, kita akan ketinggalan dalam dunia yang serba mencabar ini.

fokus penulisan untuk pembaca

Kenapa tulis untuk pembaca?

Fokus utama adalah pembaca, pembaca perlu faham apa yang kita tulis, pembaca perlu dijelaskan apa yang mereka ingin tahu. Ini strategi lama yang saya telah amalkan sejak mungkin 10 tahun yang lalu.

Dan ianya berkesan, sangat berkesan.

Punca utama kenapa ianya berkesan, kerana kita tidak hanya ingin rank kan keyword, tetapi kita ingin memberikan info yang tepat dan relevan kepada pembaca.

Apa guna kita rank kan satu-satu artikel menggunakan keyword yang kita inginkan, tetapi apabila pelawat baru masuk, mereka keluar dengan begitu cepat. 

Ini adalah satu pembaziran ketara yang ramai sedang alami, menulis begitu banyak artikel, akhirnya trafik seperti touch n go sahaja, hanya singgah sebentar kemudian berlalu pergi.

Sebab penulisan kita hanya fokus pada keyword, bukan pada topik yang ingin disampaikan.

bantu Google kekal relevan

Bantu Google menjadi lebih relevan

Apabila kita ingin bantu Google menjadi lebih relevan, kita akan menang selama-lamanya. Penyataan yang agak berani, tetapi inilah hakikatnya.

Anda tak boleh nak menipu Google, tak boleh.

Google bukan diuruskan oleh orang biasa-biasa, ramai pemegang PhD dalam pelbagai bidang yang hebat-hebat menguruskan aktiviti di sana. Siapalah kita untuk menipu mereka ini. 

Itu belum digabungkan dengan Artificial Intelligent yang dibina menggunakan robot-robot yang mereka anda.

Tatkala anda terfikir ingin menipu Google, mereka telah tahu lebih awal lagi.

Namun begitu, akan ada yang berkata,

Tapi aku buat okay jer ni, tengok bagaimana artikel-artikel aku rank dengan kaedah aku tipu Google ni. macam mana pula tu?

empunya laman sesawang

Anda mungkin rasa anda dah berjaya menipu Google, tetapi sebenarnya Google hanya meletakkan perkara tersebut sementara waktu. Mungkin sebulan, mungkin 3 bulan, mungkin 6 bulan.

Ianya menanti artikel yang lebih baik, lebih relevan untuk digantikan dengan artikel penipuan ini. 

Sebab itu, apabila Google memperkenalkan algorithma baru, ianya adalah untuk membantu pengguna Google mendapat hasil carian yang lebih relevan. Mereka gunakan karakter dalam aktiviti digital untuk hasil carian yang sangat peribadi. 

perkemaskan strategi SEO

Apa yang kita perlu lakukan?

Andai anda bertanya apa yang perlu kita lakukan untuk terus menang. Pertama adalah untuk memberikan hasil carian yang sangat bagus kepada Google.

Bagus di sini melibatkan banyak perkara, antaranya adalah untuk memastikan pengguna kekal di laman kita, membaca dan terus membaca info-info yang relevan dan berkaitan.

Ada banyak topik yang kita boleh bina dengan baik di pasaran Malaysia ini. Masih begitu banyak ruang untuk kita bina dan mendominasi pasaran enjin carian terutamanya Google.

Usah hanya fokus pada niche yang glamor, tetapi sudah banyak persaingan. Ceburi niche baru, ambil masa, bina dan kemudian tuai hasilnya kemudian hari.

Andai anda ingin belajar dengan lebih mendalam dan terperinci, strategi meletakkan artikel di halaman pertama enjin carian seperti Google. Daftar sebagai senarai menunggu untuk SEO CookBook yang akan memberikan anda revolusi baru dalam pengurusan SEO yang berkesan.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet