Adakah video berbaloi digunakan untuk SEO?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

tempoh hari ada yang bertanya mengenai SEO dan kaitannya dengan video. Adakah video ini berbaloi untuk digunakan untuk optimasi enjin carian, adakah ianya relevan dengan apa yang sedang berlaku di dunia masa kini.

Sebelum kita berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat beberapa fakta menarik mengenai enjin carian.

Merujuk smart insights, pada tahun 2017, Google menguasai 75% daripada trafik carian, diikuti oleh baidu, bing dan yahoo. Ini adalah peratusan yang besar. Dan dalam masa yang sama, Google menyatakan, selain enjin carian mereka google.com, YouTube juga menjadi antara enjin carian mereka yang kedua terbesar.

Daripada fakta ringkas ini, kita dapat membuat tanggapan awal, bahawa ramai yang membuat carian di YouTube untuk mendapatkan info, tutorial, rujukan selain video-video berkaitan dengan hiburan dan lain-lain.

YouTube Sebagai Enjin Carian

Mungkin ramai yang tidak pernah menganggap YouTube sebagai enjin carian kerana ianya adalah laman perkongsian video yang mempunyai begitu banyak video kita tidak akan dapat menonton kesemuanya seumur hidup di dunia ini. 

Andai hari ini kita membuat apa-apa carian di Google.com, antara jenis hasil carian yang kita akan dapat lihat adalah video selain text dan gambar seperti biasa. 

Video merupakan hasil carian yang boleh kita optimasikan secara sendiri atau dengan artikel di blog kita. 

Strategi optimasi menyeluruh

Andai hari ini anda merupakan seorang yang aktif menyediakan video, perkara penting yang anda perlu buat adalah untuk memastikan video anda itu dimuatnaik di YouTube. 

Anda masih boleh muat naik di platform social media yang lain seperti Facebook, namun pastikan anda tidak meninggalkan laman YouTube untuk memberikan anda pelbagai jenis kelebihan. 

Antara kelebihanya utama adalah untuk tersenarai dalam hasil carian di Google. Selain itu, sesiapa yang membuat carian langsung di YouTube juga akan menemui video anda. 

Bagaimana untuk membuat optimasi ringkas dengan video di YouTube

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah untuk menyediakan tajuk video yang menerangkan mengenai video tersebut. Kemudian sila pastikan anda menggunakan ruangan description dengan baik. 

Di ruangan description video ini anda akan mempunyai peluang untuk menggabungkan artikel yang anda terbitkan untuk menerangkan mengenai topik yang sama atau berkaitan dengan video yang diterbitkan. 

Masukkan URL atau pautan artikel dalam laman anda di ruangan description ini. Anda boleh memulakan dengan satu dua perenggan kemudian terus letak URL atau anda boleh letak URL terlebih dahulu sebelum menulis penerangan lanjut. 

Kedua-duanya akan berfungsi dengan baik. 

Dalam ruangan tags di YouTube, masukkan 6 hingga 10 tags berkaitan dengan gabungan 2-3 perkataan dalam setiap tags. Ini akan membantu dari sudut pengurusan carian dalam YouTube. 

Menggabungkan video dalam artikel

Andai anda mempunyai laman yang menerbitkan artikel berkaitan, ini adalah kelebihan untuk anda. Jika anda lihat, paparan Facebook sekarang ini akan menggunakan video preview dalam artikel yang mempunyai video didalamnya.

Video preview ini akan meningkatkan klik ke dalam laman anda dan seterusnya memberikan impak yang positif. 

Bayangkan pengguna media sosial akan lebih tertarik untuk kerana melihat video preview yang terpapar di susur masa mereka. Peluang untuk anda menarik lebih banyak trafik apabila mengaktifkan fungsi ini. Rujuk artikel Tutorial menggunakan video dalam Facebook untuk aktifkan fungsi ini.

Dalam masa yang sama, anda akan mempunyai kedudukan SEO yang lebih mantap dengan gabungan ini. Artikel yang ditulis dengan baik akan mendapat rank yang baik dan dalam masa yang sama video anda juga akan tersenarai dalam enjin carian disebabkan tetapan yang telah dibuat. 

Semoga perkongsian ringkas ini akan memberikan sudut pandang yang berbeza mengenai penggunaan video dalam siri optimasi enjin carian. 

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen. 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet