3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet yang laju seperti contoh menggunakan capaian fiber.

Namun begitu, cabaran kelajuan internet di Malaysia ini masih di tahap yang tidak memuaskan. Jika anda keluar sedikir ke kampung-kampung, mulalah kelajuan internet itu menurun dan menyebabkan laman anda jika tidak di optimasi dengan baik akan menyebabkan ianya menjadi satu bebanan kepada bakal pelawat.

Kali ini kita akan bercerita mengenai beberapa perkara penting yang anda perlu ambil berat semasa menguruskan laman sesawang anda agar ianya menjadi laman yang mesra pelawat dan ringan.

tips melajukan laman sesawang anda

Penggunaan gambar yang tepat

Sepanjang pengalaman menguruskan optimasi untuk beratus laman sesawang yang dibina menggunakan WordPress, salah satu punca utama laman itu begitu berat adalah disebabkan gambar yang digunakan tidak tepat.

Ada yang menggunakan jenis gambar PNG dengan resolusi yang begitu besar sehinggakan gambar itu boleh dijadikan gambar untuk iklan di billboard (saiz resolusi mencecah sehingga 8000px lebar). Ini biasanya terjadi sebabkan mengambil terus gambar daripada kamera yang digunakan, tanpa melakukan ubahsuaian terlebih dahulu.

Antara perkara yang anda perlu lakukan adalah untuk memastikan gambar yang mempunyai latar penuh, menggunakan jenis JPG dan resolusi maksima untuk penggunaan gambar dalam artikel sekadar 800px. Sekiranya laman anda menggunakan icon-icon atau gambar yang lebih kecil, hanya gunakan resolusi yang diperlukan oleh gambar tersebut. Elakkan menggunakan gambar yang resolusinya besar kerana ianya akan menyebabkan laman anda menjadi berat.

pengurusan fail javascript dan css yang betul

Pengurusan fail javascript dan fail css

Membina laman sesawang dengan penggunaan theme yang canggih, plugins yang pelbagai dan builder yang banyak akan menyebabkan laman anda mempunyai fail javascript dan css yang banyak. Setiap fail ini jika kita tidak gabungkan akan menyebabkan dua perkara.

Perkara pertama, ianya akan menyebabkan lebih banyak panggilan perlu dibuat, dan setiap panggilan ini akan menambah beberapa puluh miliseconds dan akhirnya menyebabkan masa yang panjang diambil untuk membuka satu-satu laman. Untuk tujuan optimasi, gabungkan fail javascript dan fail css ini untuk mengurangkan panggilan untuk setiap fail.

Kedua, setiap fail ini biasanya akan menyebabkan rendering blocking, atau laman anda hanya akan selesai dipaparkan selepas semua fail berjaya dibuka. Ini berlaku sekiranya anda meletakkan semua fail javascript di ruangan header, sedangkan ianya boleh diletakkan di bahagian footer (mengikut kesesuaian).

pengurusan server atau hosting untuk laman sesawang

Pemilihan server atau hosting yang tepat

Sekiranya anda ingin memastikan laman anda dapat dilayari daripada lokasi pelawat dengan lancar, pastikan server atau hosting anda berada berdekatan dengan pelawat anda. Ini akan membolehkan mereka untuk mengurangkan latency atau kelajuan capaian ke server tersebut.

Sebagai contoh sekiranya pelawat anda ramai berada di Malaysia, pastikan anda menggunakan server yang berada di Malaysia atau negara jiran seperti Singapura. Elakkan mengambil server atau hosting dari luar, seperti Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain.

Jika anda mempunyai kelompok dari negara yang pelbagai, gunakan Content Delivery Network untuk memastikan kandungan statik akan ditempatkan di lokasi paling dekat dengan mereka. Ini akan mengurangkan masalah laman anda lambat untuk dibuka.

Jika anda memerlukan perkhidmatan optimasi laman yang diuruskan oleh golongan profesional, boleh terus dapatkan Pakej Optimasi Laman WordPress. Semoga perkongsian ini akan memberikan anda idea bagaimana untuk mendapatkan laman yang laju dan berprestasi tinggi.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

pilihan terbaik

Artikel berkaitan

3 Tips untuk melajukan laman web anda

Kelajuan laman sesawang adalah antara perkara penting yang perlu kita ambil berat. Perkara ini ramai yang tidak ambil peduli terutama apabila mereka menggunakan capaian internet