High Performance Website Development

Adakah anda perlukan laman berprestasi tinggi?

Sila baca penerangan berikut untuk menikmati laman web yang bukan sahaja cantik di pandang tetapi mempunyai prestasi yang baik. 

Laman web memang mudah untuk dibina, namun bukan semua laman web adalah sama.

Laman yang sama, tidak semestinya mempunyai prestasi yang sama, rupa paras di pandangan mata mungkin biasa sahaja, namun disebaliknya itu yang lebih penting.

Perancangan awal membezakan segalanya

Membina laman web ni, kalau dikaitkan dengan pembinaan bangunan, ianya memang saling berkait. 

Contohnya kita ingin membina KLCC, ianya memerlukan perancangan yang teliti, tapak yang kukuh dan pembinaan yang baik untuk menjadikan KLCC berdiri utuh seperti yang kita dapat lihat sekarang.

Contoh lain, andai kita ingin membina sebuah pondok sahaja di rumah, kita boleh lukis lebih kurang atas kertas dan terus membuat binaan. Ianya akan terbina juga dengan kos yang lebih rendah. 

Begitu juga laman web yang berprestasi tinggi, ianya melibatkan gabungan pelbagai komponen untuk menjadikannya berprestasi tinggi. 

Sebagai contoh kita ingin membina halaman jualan biasa, hanya dengan menggunakan beberapa jenis builder, kita akan boleh bina halaman jualan tersebut.

Rupanya mungkin sama, tetapi prestasinya belum tentu sama. 

Andai kita ingin membina laman yang lebih kompleks, di sini kemahiran yang tinggi diperlukan.

Pengalaman lebih 15 tahun membina dan membuat optimasi laman

Sudah lama sebenarnya kami tidak menawarkan pakej laman web berprestasi tinggi ini kerana ianya adalah proses yang rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi. 

Namun begitu, disebabkan perkembangan industri digital di tanahair yang semakin pesat ini, kami ingin memberi peluang kepada peniaga atau empunya perniagaan di luar sana untuk mempunyai laman web yang berprestasi tinggi. 

Membina laman web bukanlah perkara yang baru bagi kami. Bahkan membina laman web berprestasi tinggi juga telah lama kami lakukan. 

Bezanya pakej seperti ini sudah lama kami tidak tawarkan. 

Apakah prestasi tinggi yang dimaksudkan?

Contoh skor terbaik daripada GTMetrix.com

Google Pagespeed Score untuk versi Desktop

Google Pagespeed Score untuk versi Mobile

Kelebihan mempunyai laman web yang berprestasi tinggi

Anda sudah bersedia untuk menambah baik aktiviti dunia digital anda?