Mahal? Kesian kat diri

Nak sembang sikit…

Ada prospek komplen mahal?

Takpe. Pembeli memang kerjanya begitu.

Sebenarnya saya paling kesian kalau kita yang menjual ni sibuk komplen mahal pada orang lain. 

Come on…

Contoh la…

Orang komplen mahal pada saya.

“Eh mahal la Tawaran Meleleh ni?”

Sebenarnya apa yang cuba nak dicapai dengan ayat macam ni?

Saya dari kecik meniaga tolong ayah saya. Dari kecik lagi dah merasa kena komplen.

“Mahalnya. Kedai sana lagi murah!”

Pakcik pergilah beli kedai sana.

Itu je jawab dia.

Rilek je.

Dah lali kena provok camni.

Pembeli macam ni jenis saja nak menduga kita, nak cari gaduh atau tak tau apa tujuan dia.

Tapi sebab dia pembeli kita biar je.

Kesian kat kita kalau kita yang nak menjual, kita yang buat macam ni.

Kalau anda cakap macam ni, komplen mahal pada orang lain…

Apa sebenarnya anda mahu capai?

Sebenarnya… Bukan ada kesan sangat pada orang tu.

Kesannya… LEBIH PADA ANDA SENDIRI YANG SEDANG BERCAKAP TU!

Jom tengok kenapa…

1. Kita tak faham nilai.

Kita tengok harga mahal, terus kita rasa mahal. Kita tak faham pun nilai yang lebih tinggi yang kita akan dapat.

2. Kalau kita sendiri tak faham nilai, macam mana kita nak terangkan nilai pada prospek kita?

3. Kalau kita masih lagi suka ulang-ulang benda ni mahal, benda tu mahal…

Memang tak pelik la kita sendiri dapat pelanggan komplen mahal.

Saya cakap Tawaran Meleleh ini boleh ajar kita jual lebih mahal kan?

Bukan saja-saja.

Memang ramai peserta cakap boleh jual BENDA SAMA LEBIH MAHAL.


==========
Tuan Adib, misalnya, buat servis potong rumput. 

Sebelum ni, susah nak capai target RM300-400 sehari.

Kadang sebulan pun tak capai banyak tu.

Tapi lepas dia kenal pelanggan sedalam-dalamnya, separuh hari dah boleh capai target.

Kadang 2 rumah je dah capai target.

Maknanya 1 rumah RM150 dia punya servis?

Dengar cerita sekarang ni dah ada ramai pekerja dan nak beli van untuk bisnes dia.

Bukan benda susah dan fancy.

Servis potong rumput je. Benda senang je kan?

==========
Macam mana nak buat?

NOMBOR SATU:
Betulkan mindset kita pasal nilai.

Cuci kepala otak kita daripada keladak-keladak yang dah tebal.

Kita sendiri kena ubah diri kita dulu.

Betulkan fahaman kita pasal NILAI. Kita cari pelanggan yang hargai nilai yang kita bagi. Jangan sibuk nak menjual pada semua orang. Buat tak peduli je orang komplen mahal kalau ada orang lain sanggup bayar mahal.

Yang komplen, takkan beli pun. Cakap je lebih.

Dah faham benda ni…

Baru kita boleh jual.

Baru kita boleh jual benda mahal.

==========
Berapa harga consulting bisnes?

Ada orang buat RM500 satu sesi.

Saya boleh buat RM9,000 satu sesi. Ada klien BRC bayar sampai RM8,000-10,000 sebulan setiap bulan.

Saya kisah ke dengan orang komplen mahal dan bandingkan dengan harga RM500?

Tak peduli langsung.

Kalau nak murah, pergi sana.

Dalam masa sama…

Ada je orang buat servis sama dan caj RM90,000. 10X ganda harga saya.

Dan ada juga 100X ganda.

==========
So…

Semak semula diri kita…

Kalau kita sibuk komplen mahal, apa sebenarnya fahaman kita ni?

Nak menjual tapi tak faham nilai yang orang sanggup bayar.

Dan seriously, komplen mahal pada saya, takkan efek kat saya pun.

Efeknya pada anda sendiri!

Kalau anda serius nak belajar dan nampak nilai tinggi yang anda boleh dapat bila anda usahakan…

KLIK SINI untuk belajar kenal pelanggan secara mendalam sehingga boleh jual benda lebih mahal TANPA rasa takut!
Daftar cepat. Pendaftaran akan ditutup lagi 3 jam!

Jom kita kira…

Anda dapat jual produk RM100 kepada 100 pelanggan.

Tak susah pun untuk jual produk RM100. Tengok contoh Tuan Adib buat servis potong rumput tadi. Pun boleh dapat jualan lebih RM100 lepas pilih pelanggan yang betul.

Tak susah pun nak cari 100 orang pelanggan. Kalau betul-betul usaha, InsyaAllah dalam 3 bulan boleh capai. Ramai peserta boleh dapat dalam 2 bulan pertama. BRC sendiri pun setiap bulan dapat lebih kurang 300-500 pelanggan baru.

RM100 seunit produk X 100 pelanggan = RM10,000

Ini nilai LOGIK yang anda boleh dapat. Dalam masa 3 bulan pertama kalau usaha sungguh-sungguh. Ini bukan janji bulan bintang.

Mahu atau tak je.

Untuk itu, anda cuma perlu bayar yuran RM450 sahaja.

Nilaikan sendiri.

KLIK SINI kalau rasa berbaloi dan rasa diri sendiri layak dapat peluang bernilai tinggi macam ni…

Kalau rasa mahal, cakap dekat diri sendiri dan minta maaf dengan diri sendiri.

Pilihan di tangan anda…

~ Bukhari Ramli

.
.

P.S. Ada juga cakap macam ni…

“Takpelah takde duit. Menjual pun tak laku.”

Menjual tak laku, bisnes tak jalan… itu semua benda yang berlaku pada kita.

Soalan sebenar ialah:
APA kita nak buat pasal benda tu?

Takkan nak terus komplen…

Belajarlah.

Ubah keadaan tu.

1. BRC ada banyak artikel percuma kami kongsi ilmu. Pergi cari dan baca.

2. Kumpul duit untuk belajar. Kalau tak mampu simpan duit sekarang, belajar simpan duit dulu. Duit takkan datang tiba-tiba. Bisnes TAKKAN SELESAIKAN masalah duit kita.

KLIK SINI kalau serius untuk belajar dan buat…
.
.

P.P.S. Kalau anda tak daftar pun takpe. Saya tak kisah.

Janji fahamkan apa yang saya kongsi secara percuma ni.

Saya buat semua untuk kefahaman anda. Tak kisahlah anda join program saya atau tak.

Cuma fikirkan…

Setahun dari sekarang, apa yang anda mahu capai?

Untuk dapat apa anda mahu tu, apa anda kena buat?

KLIK SINI untuk buat cepat dan bertindak ke arah matlamat anda sekarang…

Pendaftaran tutup lagi 3 jam!