Kiriman doa

Assalamualaikum,

insyaALLAH dengan izin Tuhan, saya akan berangkat ke tanah suci pada 29 Disember 2018 hingga 9hb Januari 2019.

Andai anda yang berhajat ingin mengirim doa untuk dibacakan di sana, bolehlah mengisi borang di bawah.

Sila ikut format berikut untuk memudahkan doa dibacakan.

Format doa pihak ketiga (dibacakan bagi pihak).

Gunakan nama anda sebagai kata ganti diri saya @ aku dalam doa tersebut.

Contoh 1, nama anda adalah Ahmad Bin Abu :

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kurniakanlah kesembuhan kepada Ahmad Bin Abu untuk ujian kesihatan yang sedang beliau alami.

Contoh 2, nama anda adalah Aminah Binti Wahab :

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadamu, agar kau permudahkan urusan Aminah Binti Wahab untuk mendapatkan pekerjaan baru beliau yang sedang diusahakannya.

Tulislah doa selengkapnya, tidak kira berapa panjang pun doa anda. Semoga dimakbulkan insyaALLAH

Borang kiriman doa

Terima kasih kepada 126 pengirim doa. Alhamdulillah semua telah dibacakan. Semoga Allah makbulkan. Aminn ya rabb.

Kiriman doa telah ditutup.