Kelas Buat Web Sendiri Dalam Masa 7 Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

terima kasih diucapkan kerana berminat untuk mempelajari selok belok membina laman web sendiri. Kelas ini akan berlangsung selama 7 hari, 5 hari secara online + 2 hari secara offline.

Pembinaan Web akan menggunakan sistem pengurusan content yang diberi nama WordPress, ini akan memudahkan semua untuk menguruskan content dan mengubahsuai laman mengikut aturan atau citarasa masing-masing.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk menampung keperluan dana untuk membangunkan projek komuniti di www.mosqu.es. Mungkin anda datang ke sini tanpa mengetahui isu tersebut, perlu saya jelaskan agar secara langsung anda tahu kenapa kelas ini diadakan.

Pada bulan Jun yang lalu, saya (Eizil) telah memulakan projek untuk membantu komuniti umat islam mengetahui senarai masjid di bandar-bandar seluruh dunia. Projek ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan info mengenai masjid di satu-satu tempat.

Ianya melibatkan pembinaan robot online yang akan membuat pencarian masjid secara automatik menggunakan senarai bandar yang telah diuruskan dan Google Places API untuk carian masjid tersebut.

Atas sebab masalah teknikal dengan sistem alert dalam Google API, jumlah bil yang perlu dibayar adalah USD10,228.80. Projek masa lapang untuk komuniti, telah menjadi satu perkara yang menjejaskan perjalanan kewangan keseluruhan.

invois daripada Google berjumlah USD10,228.80

Andai anda sedang membaca halaman ini, ianya wujud disebabkan perkara yang ingin diselesaikan ini.

Update: Anda boleh memberi sumbangan untuk projek masjid sedunia ini di halaman crowdfunding mosqu.es

Siapa Eizil?

Sedikit pengenalan mengenai siapa Eizil, individu yang akan bertanggungjawab mengelolakan kelas selama 7 hari ( 5 hari online + 2 hari offline ) ini.

Eizil merupakan seorang Web Developer, Blogger, Content Planner, Social Media Marketer, Onlinepreneur yang telah berkecimpung dalam bidang web development sejak 2004. Beliau telah menguruskan banyak laman sepanjang lebih 15 tahun dalam kerjayanya ini.

Eizil juga telah mula menggunakan WordPress sejak tahun 2006 dan selepas itu, beliau banyak terlibat dalam pembangunan theme, plugins dan custom function untuk laman WordPress.

Antara laman besar yang mendapat sentuhan Eizil adalah seperti versi pertama laman 1malaysia.com.my. Eizil turut pernah terlibat dalam penulisan di laman antarabang seperti Tut+.

Eizil turut pernah terlibat dalam menguruskan laman melibatkan e-commerce, blog, laman korporat dan pelbagai lagi. Sebagai seorang certified Google Analytics Individual Qualification, Eizil gemar untuk membuat analisa data laman dan menguruskan optimasi daripada data tersebut.

Apa yang anda akan pelajari dalam kelas buat web sendiri selama 7 hari ini ( 5 hari online + 2 hari offline )

Kelas selama 7 hari ( 5 hari online + 2 hari offline) ini akan dilakukan dalam durasi yang bukan berturut, ianya mungkin akan melibatkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu secara keseluruhan.

Tujuan ianya dibuat begitu adalah untuk membolehkan ada homework yang perlu dibuat, akan dapat dilaksanakan. Anda perlu menghadirkan diri semua kelas 5 hari online agar tidak ketinggalan dalam kelas 2 hari offline.

Kelas 5 hari online ini akan membincangkan beberapa topik penting dan asas untuk membolehkan anda membina laman yang baik.

Antara topik yang anda akan pelajari adalah seperti berikut

– Apa itu laman Web, dan kenapa anda perlu membina laman web
– Asas pemilihan nama domain, hosting dan service provider
– Cara untuk memasang WordPress menggunakan installer
– Tetapan penting dalam WordPress
– Teknik penulisan, struktur, perancangan, SEO peringkat asas
– Pengurusan asas WordPress
– Langkah penting untuk memikat Google (agar boleh rank di halaman pertama)
– Perancangan artikel agar jualan dapat dibuat dalam laman anda.
– Pembinaan halaman jualan mudah menggunakan WordPress.

ini antara topik besar yang akan kita pelajari dan bincangkan dalam kelas selama 5 hari, ada beberapa topik itu akan memerlukan kelas 1 hari untuk menyelesaikannya.

Kelas-kelas ini dibuat secara online menggunakan video atau live mengikut kesesuaian, ianya akan berlangsung di malam hari sekitar 2 hingga 3 jam (mengikut keadaan).

Rakaman setiap kelas online ini akan boleh diperolehi dalam group support yang disediakan nanti.

tentatif kelas buat web sendiri 5 hari online
Rakaman Kelas Online disediakan dalam halaman khas untuk tontonan semula oleh semua peserta kelas Buat Web Sendiri ini.
Kelas Online yang telah berlangsung masih boleh ditonton oleh semua yang akan mendaftar.

Selepas selesai 5 hari kelas online, kelas 2 hari offline akan diadakan untuk membincangkan topik-topik yang lebih advance seperti

– Advance SEO technique
– Strategi pemasaran laman sesawang dan media sosial
– WordPress site performance
– Kawalan keselamatan, selenggara, dan best practice
– Membaca data Google Analytics
– Membina high performance website untuk keperluan individu atau perniagaan
– Membina laman e-commerce menggunakan WordPress

Kelas offline selama 2 hari ini akan diadakan pada 3 & 4 Ogos 2019 di Bangi. Kelas akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga lewat petang.

Bonus istimewa: Anda akan belajar bagaimana untuk menyusun strategi menggunakan FB Ads dan memasang pixel dan conversion tracking agar jualan anda akan ditingkatkan dengan teknik yang telah terbukti berkesan ini.

Kelas tambahan pada 5 Ogos 2019 akan diberikan kepada semua peserta yang telah berdaftar untuk tujuan ini. Anda akan belajar daripada Sifu Firdaus Azizi yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam menguruskan kempen untuk client beliau. Jumlah kos pengiklanan yang telah diuruskan bernilai jutaan ringgit.

Apa yang anda akan perolehi jika menyertai kelas ini?

Disebabkan kelas ini adalah kelas istimewa, saya akan berikan beberapa bonus tambahan untuk semua yang menghadiri kelas ini. Antaranya adalah seperti berikut

Bonus untuk anda:

– akses semua themes keluaran studiopress (genesis framework) bernilai lebih USD1,700
— Genesis ini antara theme popular pilihan pengguna WordPress di seluruh dunia.
WP Rocket plugin bernilai USD49
DIVI theme bernilai USD89
Perkhidmatan WordPress Optimization (untuk speed) bernilai RM350
– Profesional Website Consultation
– WordPress full website maintenance (for existing site) bernilai RM350
– Profesional WordPress Site Audit @ Review
– Support Group

Nilai bonus yang anda akan terima ini hampir mencecah RM10,000. Ianya adalah untuk memberikan situasi menang-menang untuk anda dan saya.

Jika anda berminat untuk menyertai kelas ini, boleh terus buat pilihan di bawah.

Ada dua pilihan bayaran untuk anda pilih, pilihan pertama adalah mendapatkan harga pendaftaran awal dengan diskaun pada RM997 RM1,497 sahaja untuk kelas 7 hari + 1 hari ini. Harga akan meningkat kepada RM1,997 apabila cukup kuota atau tamat tempoh untuk harga pendaftaran awal ini.

Harga penuh untuk kelas ini adalah RM1,997, anda boleh juga membuat pendaftaran harga penuh jika merasakan ianya akan dapat membantu untuk menjayakan projek www.mosqu.es yang sedang diusahakan.

Jika terdapat sebarang persoalan, boleh terus ajukan di Facebook Eizil atau gunakan borang Hubungi.

Kelas Offline akan diadakan di Bangi, pada 3 & 4 Ogos 2019. Kelas Online akan bermula pada 24 Julai 2019.

Bonus : kelas tambahan mengenai FB Ads, retargeting dan conversion tracking pada 5 Ogos 2019

atau anda boleh membuat bayaran penuh menggunakan butang di bawah:

Penafian: Bayaran untuk kelas ini tidak termasuk kos untuk membeli doman dan hosting (sekiranya anda belum mempunyai domain dan hosting). Tiada pulangan wang selepas pendaftaran dibuat kerana ini adalah projek istimewa, walau bagaimana pun, anda boleh mencari pengganti sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke kelas yang dianjurkan.